Kamal Adli akui tak nak buang masa bab jodoh, bila rasa suka ingin terus kahwin

Oleh: Zuzu Yasmine

Seronok melihat keserasian pelakon Kamal Adli dan juga Uqasha Senrose apabila digandingkan bersama di dalam beberapa drama baru-baru ini. Bahkan, kerana kemesraan dan keserasian itu menyebabkan ramai peminat mengharapkan mereka bercinta di dalam realiti sehingga ke jinjang pelamin.


Terima kasih dan alhamdulillah

Tidak menolak jika dijodohkan bersama artis yang cantik manis itu, Kamal berkata dia berterima kasih buat mereka yang mendoakan agar dia bertemu jodoh dengan Uqasha.

“Sebelum ini untuk drama Setelah Terlafaznya Akad dan baru-baru ini, pula kami ‘shooting’ selama tiga bulan di Kuantan dan Terengganu, ia sama sekali buatkan kami lebih rapat.

“Yang mendoakan saya agar berjodoh dengan Uqasha, diucapkan terima kasih dan alhamdulillah. Namun saya tak menidakkan, jika ada jodoh dengan dia, saya terima. Kalau ada jodoh oklah,” katanya.

Nak kahwin terus

Kamal yang beberapa kali gagal dalam percintaan menyatakan dia tidak mahu membuang masa untuk menjalinkan hubungan cinta. Jelasnya, dia mahu terus berkahwin jika sukakan seorang wanita.

“Sekarang kalau dah ada pasangan yang sesuai, saya tak nak buang masa bercinta bagai. Rasa suka sahaja, terus kahwin. Perkara yang lalu biarlah berlalu dan saya anggap tiada jodoh. Tak perlulah, dikenang lagi,” ujarnya.

Sekadar bergurau

Sempat memberi perjelasan mengenai video yang dimuat naik oleh pengarah Michael Ang akan kesahihan gosip yang mengatakan dia dan Uqasha sudah menghadiri krusus perkahwinan, Kamal menafikan perkara tersebut dan menganggap itu sekadar gurauan nak-nak lagi ketika wabak Covid-19 yang membimbangkan ini.

“Dia sengaja buat cerita dan benda ini tak betul. Takkanlah waktu shooting kami sempat nak pergi. Lagipun dalam keadaan Covid-19 ini, mana ada kursus kahwin dianjurkan. Jangan percaya. Dia hanya bergurau.

“Sebenarnya, sekarang pun saya tak boleh fikir apa-apa dengan Covid-19 yang masih membelenggu kita. Saya bersyukur kerana masih ada peluang untuk terbabit penggambaran dan ada pendapatan,” jelasnya.

Apa-apa pun, diharapkan Kamal bertemu dengan pasangan hidupnya tidak lama lagi.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen