Tak sangka jumpa jodoh dekat, adik Linda Hashim kahwin dengan sepupu Beego

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila dah namanya jodoh, jiran sebelah pun boleh jadi pasangan hidup. Itulah yang boleh dikatakan apabila bertemu jodoh yang tidak disangka-sangka ini.

Seperti adik kepada pelakon Linda Hashim, Mohd Firdaus ini. Siapa sangka jodohnya adalah orang yang terdekat iaitu sepupu kepada suaminya Linda iaitu pelakon Beego, Nurul Syuhada. Ini kerana adiknya itu sering mengikut suaminya pulang ke kampung di Johor Bahru.




Berkongsi berita gembira itu di Instagram milik Linda, di mana adiknya telah mendirikan rumah tangga pada 7 November lalu bersama pilihan hatinya.

“Alhamdulillah adik saya dah selamat berkahwin dengan sepupu suami saya. Adik saya rapat dengan sepupu-sepupu Beego tak sangka jodoh dia dekat je.

“Hubungan mereka serius sejak tiga tahun ini dan pernah mengerjakan ibadah umrah bersama-sama kemai sekeluarga,” katanya.

Menurut Linda, majlis kahwin itu berlangsung secara sederhana bagi mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan. Malah, majlis sepatutnya dilakukan Julai lalu tetapi terpaksa ditangguhkan akibat pandemik.

Terdahulu, Linda dan Beego telah berkahwin pada 8 Jun 2013 dan memiliki tiga orang cahaya perempuan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen