Tok Kadi sempat bergurau sebelum akad nikah, hilang 'nervous' pengantin lelaki

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau orang perempuan akan tersenyum malu dan begitu teruja menanti hari bahagia mereka, namun berlainan pula dengan orang lelaki ni. Mereka ini lebih berdebar nak-nak lagi saat menanti detik untuk akad nikah. Tentunya semua tetamu akan tertumpu kepadanya.

Itu belum lagi kalau dapat tok kadi yang suka mengusik, makin nervous la pengantin lelaki. Seperti yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, Aisya Zainal ini yang merakam moment ketika hari pernikahan kakaknya.


Tiba-tiba Tok Kadi pula warm up

Dapat dilihat, dalam rakaman tersebut Tok Kadi berkenaan tiba-tiba memulakan lafaz akad nikah dengan laju. Terdiam semua tetamu namun mencetuskan gelak ketawa apabila Tok Kadi menyatakan itu adalah warm up sahaja.

Bagaikan tidak mampu menahan lawak sendiri, Tok Kadi juga turut ketawa sambil menepuk buku di hadapannya sebelum betul-betul memulakan akad nikah secara serius.

"Ikut macam cerita P. Ramlee juga..."

Nak kahwin juga

Menjengah ke ruangan komen, rakaman tersebut telah mendapat perhatian ramai yang mana turut terhibur dengan tindakan Tok Kadi tersebut, malah ada juga yang menyatakan teringin nak nikah bila lihat rakaman tersebut.

 



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen