'Ending' drama Hati Yang Tersakiti buat netizen geram, ramai puji ketabahan Mona

Oleh: Zuzu Yasmine

Geram, marah dan juga tak puas hati tentunya perkara itu akan terbawa ketika menonton drama ‘Hati Yang Tersakiti’. Tapi tak sangka dalam geram dan terbawa segala perasaan itu berjaya juga menonton drama ini sehingga ke akhirnya.

Dalam drama ini, terdapat pelbagai pengajaran yang tersirat malah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen terutama mengenai episod akhir semalam.



Mulanya, pelbagai ending yang diramalkan oleh para penonton setia drama tersebut yang berharap agar Farah yang dilakonkan oleh Mimi Lana mendapat balasan atas perbuatannya. Walau bagaimanapun, rata-rata penonton lebih kagum dengan watak Mona yang dilakonkan oleh Nad Zainal dalam memikul amanah dan pada masa yang sama lupakan dendam di hati.

Haris menyesal ceraikan Mona

Dalam episod akhir semalam, Haris sedar akan kesilapan yang telah dia lakukan terhadap Mona lalu pulang ke kampung untuk memujuk dan juga meminta maaf daripada Mona. Perbuatan Haris itu hanya sia-sia apabila Mona tidak melayannya dengan baik malah turut merahsiakan bahawa dia sedang mengandung pada ketika itu.



Mona keras hati tak mahu maafkan Farah?

Dalam babak yang lain, Mona keluar membeli belah bersama ibunya lalu mereka terjumpa dengan Farah. Dalam kesempatan itu, Farah cuba untuk meminta maaf kepada Mona malah menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai banyak masa untuk hidup. Namun, Mona yang kecewa dengan sikap kawan baiknya yang menikam dirinya dulu memilih untuk meninggalkan Farah ketika perjumpaan itu.



Rahsia Farah dan Ehsan

Dalam klimaks episod terakhir semalam, seperti yang dijangkakan para penonton, Farah akhirnya telah meninggal dunia semasa melahirkan bayi lelaki. Ehsan yang setia menanti di sisi Farah sehingga ke akhirnya yang mengetahui segala sesalan yang dirasai Farah.

Pada masa yang sama, Mona juga telah melahirkan anak perempuan, dan Haris menyedari akan perkara tersebut lalu mencari peluang untuk berbaik dengan menghantar video aktivitinya kepada Mona.



Amanah berat buat Mona

Selepas beberapa bulan, Ehsan berjumpa dengan Mona serta membawa bayi lelaki yang dinamakan sebagai Haziq. Ehsan juga menjelaskan bahawa lelaki tersebut adalah anak Haris bersama Farah, malah Farah memilih untuk merahsiakannya.

Berdasarkan penjelasan Ehsan, Farah memohon dan meminta Mona untuk menjaga anaknya bersama Haris dan arwah percaya bahawa Mona mampu memberi didikan yang baik kepada anaknya itu.



Walaupun selepas apa yang dilakukan Farah sebelum ini, Mona tetap berlapang dada dan menerima segala amanah yang diberikan. Tidak lama selepas itu, Mona turut memberitahu Haris akan perkara sebenar bahawa haziq itu merupakan darah dagingnya.

Haris yang kesal akan perbuatan lalu menitiskan air mata dan juga memeluk kedua-dua anaknya. Pada masa yang sama, Mona memberitahu bahawa untuk melupakan setelah dilupakan adalah perkara yang paling sakit. Oleh itu, belajarlah memujuk hati, agar tidak lagi tersakiti. Dia juga berserah mengenai jodohnya kepada Allah.

Mencetuskan kemarahan warganet apabila dipengakhiran drama tersebut Mona seolah-olah sudah berbaik dengan Haris walaupun tidak rujuk kembali. Malah, rata-rata warganet turut memuji kesemua pelakon yang berjaya membawa watak masing-masing dengan jayanya. Tapi ada juga yang meminta akan sambungan ‘ Hati Yang Tersakiti 2’.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen