"Lagi 10 hari nak nikah, abah muntah hitam" - Wanita ini sanggup gadai emas demi rawatan terbaik bapanya

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau ibu bapa sanggup korbankan apa saja untuk anak-anaknya, tentunya anak-anak pun akan sanggup korbankan apa saja demi ibu bapa mereka. Walaupun tak cukup untuk membalas semua pengorbanan yang telah dilakukan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak mereka.


Itulah yang dilakukan wanita ini apabila dia sanggup mengadaikan emas miliknya demi menyembuhkan ayahnya yang sedang sakit ketika itu. Dikongsikan oleh Lily Wahab menerusi TikTok, masih segar dalam ingatannya akan kejadian tahun lepas sebelum dia mendirikan rumah tangga.

10 hari nak nikah ayah jatuh sakit

Menurutnya, kejadian itu berlaku 10 hari sebelum dirinya bernikah. Ayahnya telah dimasukkan ke hospital kerana asyik muntah hitam dan telah disahkan mengalami kecederaan di bahagian usus.

Gadai emas demi dapatkan rawatan terbaik

Ketika itu, dia telah menghabiskan banyak duitnya untuk majlis perkahwinannya. Demi pulihkan kesihatan ayahnya pada ketika itu, dia telah menggadaikan semua barang kemas yang dipakai. Kini dia meluahkan rasa syukur selepas ayahnya telah sembuh sepenuhnya.

Kagum dengan tindakan sebagai anak

Perkongsiannya telah menarik perhatian dari warganet yang rata-rata kagum dengannya serta mendoakan kesejahteraan ayahnya dan mendoakan agar rezekinya dibalas berlipat kali ganda. Malah, ada juga yang turut meluahkan rasa rindu terhadap ibu bapa masing-masing.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen