Frontliner maut langgar penghadang jalan, tinggalkan 4 anak yang masih kecil

Oleh: Zuzu Yasmine

Tugas frontliners ketika ini sangat penting demi kesejahteraan negara, malah mereka jugalah orang yang lebih terdedah kepada risiko sewaktu dalam menjalankan tugas. Nak-nak lagi ketika ini tugas tentunya membuatkan mereka kurang mendapat rehatnya mencukupi.

Menerusi laporan Harian Metro, Allahyarham Sarjan Fariq Raub dikatakan meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh penghadang jalan di Jalan Damai Puspa 5 berhadapan Balai Polis Alam Damai.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku ketika Allahyarham yang menunggang motosikal Yamaha 135 LC hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.

"Motosikal mangsa kemudian merempuh penghadang jalan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz," katanya.

Beliau berkata, jasad anggota polis berusia 41 tahun itu akan dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik bagi menjalani bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sementara itu, beberapa kenalan rapat Allahyarham juga turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham selain mendoakan dipermudahkan segala urusan. Turut bersimpati, Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata yang masih kecil berserta balunya.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen