Suspek bunuh Siti Nur Surya didakwa bawah Akta 302, tidak dibenarkan ikat jamin

Oleh: Zuzu Yasmine

Masih lagi menjadi perhatian ramai mengenai kes pembunuhan, Siti Nur Surya Ismail yang didakwa dibunuh oleh rakan sekolahnya dalam kejadian di Kampung Lubok Batu, Telemong Hulu Terengganu.

Menerusi Sinar Harian, suspek seorang pelajar Tingkatan Enam didakwa di Mahkamah Majistret atas kesalahan membunuh rakannya hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.


Tertuduh, Siti Nur Athirah Azmi, 19, berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Majistret Engku Nurul Ain tidak membenarkan Siti Nur Athirah diikat jamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 10 Januari 2021.

Terdahulu, Siti Nur Surya ditemui mati berlumuran darah oleh adik bongsunya, Norliyana Shuhada, 15, di ruang tamu sewaktu pulang dari sekolah.

Mangsa dijumpai dalam keadaan ngeri dengan kesan tetakan di bahagian muka, leher dan dada selain pergelangan tangan kirinya putus.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen