Redah hujan semata-mata nak hantar bahan ulangkaji buat murid, usaha cikgu ni buat ramai terharu

Oleh: Zuzu Yasmine

Berikutan penularan wabak Covid-19 kini berada pada tahap yang membimbangkan, pihak kerajaan telah membuat keputusan untuk menutup sekolah sementara waktu sehingga ke tahun hadapan.


Penutupan itu tentunya memberi kesan buat para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting. Bukan hanya menimbulkan kerisauan dalam kalangan ibu bapa tetapi para guru juga bimbang sekiranya anak murid tidak fokus dalam mengulangkaji pelajaran mereka di rumah.

Tular baru-baru ini akan kegigihan seorang guru yang sanggup meredah hujan demi para pelajarnya tidak tercicir dalam pelajaran.

Hantar bahan kepada 38 murid calon SPM

Menerusi perkongsian Facebook Wan Ridhuan Muhammad, telah berkongsi kegigihan cikgu yang juga merupakan isterinya dalam menghantar bahan belajar buat pelajarnya yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Tak menyerah walaupun hujan lebat

Walaupun dalam hujan yang lebat, isterinya itu masih gigih menghantar bahan pembelajaran dibeberapa perhentian yang sudah ditetapkan olehnya.

Dia dan isterinya telah menanti di tujuh perhentian agar wakil pelajar boleh mengambil bahan belajar serta edarkan kepada rakan-rakan yang tinggal berhampiran. Malah setiap kali berjumpa dengan anak muridnya tak akan terlepas pesanan dari guru tersebut.

“Jangan lupa buat dan siapkan, nanti cikgu kutip semula”

Perkongsian itu telah mendapat perhatian ramai yang begitu terharu akan tindakan guru tersebut. Malah, mereka juga mengucapkan terima kasih atas usaha guru tersebut serta anak didiknya menghargai usaha gurunya itu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen