Doktor teruja nampak suami bertugas jaga sekatan jalan, tak sangka siap dapat 'love' lagi

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak kerajaan berkuatkuasa kembali Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang lebih ketat, rata-rata pengguna jalan raya tentunya pernah berdepan dengan pasukan polis yang giat melakukan sekatan jalan raya (SJR).

Tentunya ramai yang rasa bimbang jika berdepan dengan pasukan polis yang menjaga sekatan. Takut ditanya pelbagai soalan atau diarahkan untuk berpatah balik.


Namun berlainan pula dengan wanita ini, Dr Farzana Abdullah telah merakam seorang polis yang sempat membuat isyarat love padanya saat lalu sekatan jalan raya.



Rupanya, polis terbabit merupakan suaminya yang sedang bertugas menjaga SJR.

Doktor tersebut sempat merakam aksi comel suaminya Mohd Haniff yang membuatnya tersenyum sebelum dikongsikan di laman Facebook.

"Abang polis bagi heart la kat kita hahaha auchh haha macam ni la bila wife doctor husband polis. Bertembung tepi jalan macam ni je la haha.

“Take care my husband. Jangan marah na kita main phone sekejap je ni nak rakam. Jarang2 boleh rakam moment ni haha,” kongsinya.

Berdasarkan laporan mStar Online, Dr Farzana menyatakan bahawa dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Kulim dari tempat kerja di Klinik Kesihatan Seberang Jaya.

“Suami tak tahu saya nak lalu dan saya pun tak tahu yang suami saya kerja roadblock hari tu. Sebab tugasnya berubah-ubah, sekejap ronda motor atau MPV, sekejap jaga balai. Jadi tak sangka jumpa dia,” katanya.


Menurut doktor berusia 29 tahun ini, itu adalah kali pertama dia berjumpa suaminya sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ibu kepada dua cahaya mata ini juga sempat menjelaskan bahawa dia tidak bermain telefon bimbit ketika memandu namun bila melihat suaminya dari jauh itu yang membuatkan dia merakam sebagai tanda kenangan.

Dr Farzana juga turut menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk menularkan video berkenaan.

“Saya post hanya untuk simpanan sebab bagi saya ‘rare moment’ sangat dengan tiba-tiba suami buat reaksi macam itu pula, mungkin kawan-kawan yang kongsi,” ujarnya.

Di kesempatan itu juga, dia mengakui berdepan dengan cabaran terutama dalam meluangkan masa bersama keluarga kerana pasangannya juga merupakan petugas barisan hadapan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen