Pasti ramai yang dah ‘uninstall’ aplikasi Muslim Pro yang dikatakan telah menjual data penggunanya iaitu umat Islam kepada Amerika Syarikat.
Walaupun masih belum pasti kesahihannya, tentu ramai yang telah mengambil jalan pintas dengan memadam aplikasi tersebut kerana tidak mahu data mereka diketahui negara tersebut.
Nak lancar aplikasi muslim
Berikutan perkara itu, selebriti popular Neelofa dikatakan sedang giat membangunkan aplikasi yang hampir sama bagi membantu masyarakat Islam terutama rakyat Malaysia.
Perkara ini juga telah dikongsikan sendiri oleh usahawan tersebut di Insta story beliau. Aplikasi yang diberi nama TheNoor juga dikatakan telah mempunyai akuan Instagram tersendiri.
Harap boleh ganti Muslim Pro!
Jika dilihat menerusi TheNoor.app, nampaknya telah ada beberapa posting dan juga komen dari warganet yang rata-rata mereka menyuarakan komen berkenaan aplikasi ini.
Rata-rata mereka menyatakan bahawa aplikasi ini bakal menggantikan Muslim Pro yang telah dipadam dari peranti mereka, malah ada juga yang berkongsi rasa teruja serta berharap aplikasi ini boleh diguna pakai untuk IOS mahupun Android.
Tinggalkan Komen