Tak sangka berjumpa jodoh di PUBG, sama-sama simpan perasaan pula tu

Oleh: Zuzu Yasmine

Jodoh adalah sesuatu yang tidak dijangka. Kalau selalu dengar dari rakan boleh menjadi pasangan hidup ataupun berkenalan di media sosial, tapi dengan bermain game juga ada peluang yang tinggi untuk berjumpa dengan jodoh. Cuma berani atau tidak sahaja untuk memulakan langkah awal.

Tak sangka jumpa jodoh di PUBG

Seperti perkongsian gadis yang bernama Putri Alia Shahhiza di aplikasi TikTok, yang telah bertemu pasangan hidupnya di permainan video ‘Player Unknown Battlegrounds’ (PUBG). Mulanya dia bermain permainan ini kerana suka-suka dan mengisi masa lapang sahaja.



Namun tidak sangka, dia mula rapat dengan seorang jejaka yang bernama Zulhilmi yang turut bermain permainan tersebut. Malah, mereka juga dikatakan sering berkomunikasi dalam game tersebut.

Masing-masing simpan perasaan

Awalnya dia agak malu untuk mengambil langkah awal dengan meluahkan perasaan terhadap lelaki tersebut. Bagaikan tidak sangka rupanya lelaki tersebut juga mempunyai perasaan yang sama, malah mereka telah mengikat tali pertunangan pada Oktober lalu.

Kini kedua-duanya sudah selamat menjadi suami isteri yang sah tak lama selepas itu.



Perkongsiannya itu telah menarik minat ramai warganet yang rata-ratanya mengucapkan tahniah malah ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama juga.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen