Tak sangka jumpa jodoh dengan jiran sendiri, dari tingkap pun boleh intai kekasih hati

Oleh: Zuzu Yasmine

Jodoh itu perkara yang sangat tak disangka-sangkakan. Selalunya kalau lambat bertemu jodoh, akan anggap jodohnya mungkin orang jauh. Eh, tapi siapa sangka sebenarnya jodoh ada depan rumah sahaja.


Selalu dengar jodoh sekampung atau setaman, itu pun dah rasa dekat. Tapi macam mana pula dengan gadis ini yang bertemu pasangan hidup dengan jiran sendiri. Dari rumah dah boleh nampak rumah mertua ni.

Mengendap bakal tunang dari tingkap

Menerusi aplikasi TikTok Citratr yang berkongsi kisah bahawa rakannya itu bertemu jodoh dengan jiran sendiri yang lima langkah sahaja dari rumah. Malah, dia juga sempat merakam detik rakannya itu sedang mengendap di celah-celah tingkap hanya untuk menunggu ketibaan bakal tunangnya.

Bertunang dengan jiran sebelah

Boleh dilihat melalui rakaman tersebut, pasangannya hanya berjalan kaki sahaja dari rumah berserta ahli keluarganya. Walaupun jiran depan rumah, majlis pertunangan tersebut dilihat serba ringkas namun masih meriah dikeliling saudara mara dan rakan-rakan.



Pasangan tersebut juga kelihatan sangat sepadan bila bersama dan tersenyum manis masing-masing bila sudah mengikat tali pertunangan.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata teruja melihat perkara ini, biasanya lihat di dalam drama atau filem, tak sangka pula berlaku depan mata. Selain itu ada juga yang menyatakan jimat perbelanjaan untuk pulang ke kampung selepas ini.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen