Pakai semula baju nikah, sambut ulangtahun perkahwinan

Sentiasa terlihat bahagia pasangan Aisyah Hijanah dan Alif Teega ini, dari awal perkahwinan hinggalah sekarang ini. Pasangan ini juga sentiasa memberi inspirasi kepada anak muda yang mendirikan rumah tangga di usia muda.


Baru-baru ini, pasangan ini telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga. Disambut dengan makan malam penuh romantik di The Penthouse, KLCC.

“Alif pakai balik baju nikah waktu 2017 dulu. Aisyah ada tulis surat, lepas baca surat tu terus keluar air mata lelaki...”

Bersempena ulang tahun mereka yang ketiga, Aisyah telah berkongsi bahawa dia bersetuju akan kata orang yang menyatakan lima tahun perkahwinan adalah waktu untuk mengenali pasangan.

Menurutnya, banyak perkara yang berlaku apabila tidak pandai mengawal emosi. Malah, pasanganlah akan menjadi tempat melepaskan rasa marah dan juga mengamuk.

“Mostly bila kita tak pandai nak kawal emosi. Bila marah kadang tu terlepas mengamuk. Kesian pasangan, jadi mangsa emosi kita.

“Aisyah byk belajar drpd Alif, supaya cool down, jangan senang-senang lepaskan kemarahan,” luahnya.

Katanya, suami isteri selalunya akan melihat bagaimana pasangannya itu bertindak. Jika tiba-tiba pasangan berubah cuba lihat mana silapnya dari diri sendiri.

“Mungkin pasangan kita belajar drpd diri kita juga. Ini namanya ‘social learning’. Kita belajar drpd apa yg kita dengar, dan nampak org sekeliling kita buat.”

Tambahnya, kalau lakukan kesilapan yang sama, cuba perbaiki bersama dan saling meminta maaf sebelum tidur.

“Start bincang masalah & cari solution. Kalau kita terbuat silap yg sama, kena remind dgn cara yg baik. Sebelum tidur, maafkan satu sama lain & ingatkan balik apa yg kita perlu ubah bersama,” kongsinya.



Anda masih keseorangan?

6 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen