Jumpa jodoh di TikTok, kenal tiga bulan terus dirikan rumah tangga

Oleh: Zuzu Yasmine

Jodoh ini ibarat perkara yang tak disangka-sangka. Tak sangka jumpa pasangan di sini malah tak sangka juga hubungan boleh putus di tengah jalan. Perkara ini juga dilalui oleh seorang gadis yang tidak sangka bertemu jodohnya di aplikasi TikTok.

Baru-baru ini, satu video di apliksai TikTok telah tular apabila seorang gadis berusia 22 tahun telah mendirikan rumah tangga dengan lelaki berusia 68 tahun.
Perkara tersebut mengudang pelabagi reaksi netizen yang rata-rata mempersoalkan jarak umur mereka yang dikatakan terlalu jauh.


Tak sangka tular 

Namun, menurut pemilik akaun itu sendiri, Nur Fatiha menyatakan bahawa video tersebut adalah hasil suntingan apliksai Face App yang kini menjadi trend di media sosial.

Jelasnya, aplikasi tersebut menyediakan fungsi tukar wajah seseorang menjadi lebih tua, muda, tukar jantina dan sebagainya.

Dia yang tidak sangka videonya akan tular malah menyatakan bahawa dirinya hanya menyunting secara suka-suka sahaja disebalik ingin menyampaikan satu mesej tersirat iaitu jodoh tak kenal usia atau status seseorang.

“Saya muat naik di TikTok untuk dijadikan sebagai content saja, tak sangka pula jadi viral,” ujarnya.

Katanya, apabila sudah tular biasalah akan ada komen negatif dan positif namun sebelum dimuat naik video tersebut dia teklah mendapatkan kebenaran suaminya, Mohamad Faizan Ali yang sebenarnya berusia 26 tahun.

“Ada yang tanpa usul periksa beri komen negatif kata saya pentingkan harta sebab kahwin dengan lelaki tua, malah ada juga yang menyatakan kenapa sanggup edit gambar suami nampak tua.”

“Ada juga yang kata, biar suami tua supaya tak ada yang kebas malah ada juga yang mendoakan rumah tangga kami,” katanya.


Berkenalan di TikTok

Telah mendirikan rumah tangga setahun yang lalu, fatiha juga berkongsi detik perkenalan dengan suaminya di aplikasi TikTok.

“Ada satu video duet lagu Bollywood dan dia duet dengan saya. Saya tak rasa apa-apa pun sebab orang boleh masuk ‘random’. Tapi rupa-rupanya dia beranikan diri menergur saya.

“Nampak dia berusaha nak berkawan dengan saya, sebab itu saya yakin yang dia benar-benar nak jadikan saya isteri. Sikapnya yang hormat orang tua dan keluarga saya menambat hati,” kongsinya.

Bagaimana pun, dia juga mendapat persetujuan dari ibu bapanya yang tidak bertangguh mengenai soal jodohnya yang datang pada usia yang muda. Selepas berkenalan tiga bulan mereka diijabkabulkan.

Dia yang merupakan suri rumah sepenuh masa menyatakan tak salah untuk berkahwin pada usia yang muda kerana perjalanan hidup seseorang ditentukan oleh yang Maha Esa.

“Mungkin itulah yang terbaik yang disusun oleh Allah. Tapi walu dengan siapa pun jodoh kita, orang lain tiada hak untuk judge berdasarkan apa yang dilihat sebaliknya lihat dalam kontekas yang luas,” katanya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen