Lelaki rai tamat belajar di rumah, ibu siap pakai uniform serah skrol buat anak

Oleh: Zuzu Yasmine

Hari gradusi adalah hari yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua mahasiswa. Namun berita sedih buat mahasiswa tahun ini apabila hari bersejarah tersebut  terpaksa ditunda malah, ada juga yang terpaksa dibatalkan ekoran penularan wabak Covid-19.


Berikutan akan perkara itu, seorang lelaki berkongsi video saat dirinya mengadakan majlis konvokesyen di rumahnya. Dikongsikan di laman Twitter, Ahamad Nabil berkongsi saat dirinya menerima kiriman pos hinggalah saat diserahkan skrol ijazah pada dirinya.

Diserahkan sendiri oleh ibunya yang lengkap dengan uniform ini adalah cara yang unik dan mendapat perhatian ramai.



Menerusi perkongsian video tersebut, dapat dilihat Nabil berpakaian kemas seolah-olah hari tersebut adalah hari yang ditunggu, manakala ibunya yang berpakaian uniform polis tersenyum sambil menyerahkan sijil tersebut kepada Nabil.



Walaupun tiada hari tersebut itu, Nabil merupakan graduan Ijazah Komputer dan Pengurusan Perniagaan dari UniKL ini tetap bersyukur kerana bejaya menamatkan pembelajarannya dengan jayanya.



Dikesempatan itu juga, dia juga turut mengucapkan kata-kata penghargaan buat insan-insan yang menyokongnya secara langsung dan tidak langsung terutama sekali arwah bapanya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen