Bercinta dari usia 14 tahun, tak sangka kini sah jadi pasangan suami isteri.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata kalau dah jodoh memang tak akan ke mana, walaupun putus di tengah jalan tapi bila sudah ditakdirkan bersama tentunya akan kembali bertemui. Tak kisahlah bermula dengan cinta monyet atau tidak.

Itulah yang dilalui oleh pasangan ini yang tidak sangka hubungan dibina dari zaman sekolah akhirnya ke jinjang pelamin.



Tak sangka akan viral

Muhamad Faiez dan juga isteri Nik Ain Suraya telah disatukan pada 16 Mac lalu sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), malah kisah pasangan ini telah tular selepas berkongsi video di aplikasi TikTok.

Menerusi laporan mStar, Faiez terjumpa kembali gambar-gambar lama dalam laptop iaitu kenangan semasa mereka mula-mula berkenalan semasa berusia 14 tahun.

“Jadi saya dapat idea nak buat video kompilasi gambar-gambar lama sehinggalah gamar kami yang sekarang.

“Video tu juga nak tunjukkan persahabatan kami selama lapan tahun, nak tunjuk yang kami dah ‘glow up’ bersama-sama.... jauh beza wajah yang dulu dan sekarang,” katanya.

Percaya akan jodoh ditetapkan

Katanya, dia juga sering mendapat pertanyaan berkenaan usianya yang masih muda untuk memikul tanggungjawab sebagai suami.


Malah, dia juga percaya akan konsep jodoh yang ditentukan oleh Allah malah berdoa agar hubungannya kekal selamanya.

“Banyak yang kami dah lalui bersama sejak tahun 2012. Hubungan kami juga pernah terputus di tengah jalan.

Hampir enam bulan kami bawa haluan sendiri pada tahun 2016 tapi kalau dah jodoh akhirnya bersatu semula,” katanya.

Itu tindakan spontan

Tambahnya, akisnya yang spontan mengalirkan air mata sewaktu majlis akad nikah juga mendapat perhatian ramai. Dia yang tak mampu menahan sebak ketika itu juga membuatkan para tetamu lain mengalirkan air mata.

“Masa sebut aku terima nikahnya... saya memangis. Rasa satu beban tanggungjawab yang besar perlu ditanggung.

“Sebak kerana tak sangka dah lama kenal, akhirnya kami sah sebagai suami isteri.

“Saya rasa ini satu keputusan yang besar untuk jadi suami pada usia 22 tahun,” tambahnya.

Namun, kalau lihat kembali video tersebut rasa lucu dan ramai yang berjenaka mengenai video tersebut.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen