Tiada lagi lukisan menyentuh jiwa, pengasas Artortoise meninggal dunia akibat Hepatitis B

Oleh: Zuzu Yasmine

Sentiasa menghasilkan lukisan-lukisan yang mampu buat ramai orang tersenyum, siapa sahaja yang tidak mengenali dengan Artortoise kesayangan negara ini. Hasil lukisan yang mesra dengan semua lapisan masyarakat tentunya sangat disenangi.


Namun begitu, akhir-akhir ini pengasas Artortoise ini dikatakan kurang sihat dan sudah beberapa kali di masukkan ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.



Dukacita dimaklumkan bahawa saudara Mohamad Ikhsan Kamarudin atau lebih dikenali sebagai @ikhsanise Artortoise telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi berikutan penyakit Hepatitis B atau hati.

Berita sedih ini telah dikongsikan di laman Facebook Artortoise sebentar tadi.



Dalam perkongsian itu juga, pihak Artortise turut meminta maaf sekiranya Allahyarham ada menyinggung sesiapa sepanjang dirinya berkarya.

Malah pihaknya juga memohon doa semua agar urusan dipermudahkan serta mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada Artortoise selama ini.



Dalam pada masa yang sama, warganet dan juga selebriti tanah air terlihat mengucapkan takziah diatas pemergian pengasas Artortoise serta mendoakan agar Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman.


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen