Sakit hati dan kecewa kalau dapat lihat pasangan yang dipercayai berlaku curang dalam diam. Nak-nak lagi kalau sudah bertahun-tahun jalinkan hubungan cinta.
Itulah yang dilalui gadis ini apabila melihat kekasih hatinya sedang seronok berjalan dengan wanita lain di hadapannya.
Kekasih curang depan mata
Menerusi aplikasi TikTok, gadis yang mahu dikenali sebagai Rizkyayu Martasyaput telah berkongsi rakaman disaat kekasih hatinya berlaku curang.
Menurut rakaman tersebut, dia mengajak teman lelakinya untuk keluar bersama namun diberi alasan ingin bermain game. Malang tidak berbau, ketika dia sedang berjogging di taman dia terlihat kekasihnya bersama dengan wanita lain.
Tekad tinggalkan
Perkara tersebut telah membuatnya kecewa dan dia juga telah menghantar rakaman tersebut kepada teman lelakinya. Walaupun ingin menjelaskan keadaan yang sebenar tetapi dia sudah tekad untuk tinggalkan kekasih hatinya itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya sangat bersimpati akan nasib yang menimpa gadis tersebut. Malah, memintanya untuk move on dan turut mendoakan agar berjumpa dengan seseorang yang lebih baik selepas ini.
Tinggalkan Komen