Jumpa jodoh ketika kereta rosak, pasangan ni ambil gambar nikah di tempat pertemuan petama

Oleh: Zuzu Yasmine

Zaman sekarang, kalau ambil gambar kahwin tentunya nak pergi ke tempat pertemuan pertama. Dekat situlah segala kenangan mula tercipta dan terbina. Selalu lihat mana-mana pasangan akan ambil gambar di sekolah tempat pertemuan pertama mereka.


Namun, berlainan pula dengan pasangan ini yang mempunyai kisah unik pada pertemuan pertama mereka.

Bantu kereta rosak

Menerusi Facebook jurufoto Mohamad Akmal Sarjani, kisah pertemuan pasangan yang mahu dikenali sebagai Farhan dan Ain ini ternyata telah mencetuskan idea kreatif baginya hingga mendorong pasangan ini berkongsi kisah mereka melalui foto pernikahan mereka.

Melihat kepada gambar tersebut, boleh lihat yang Ain ketika itu menghadapi masalah apabila kereta yang dipandunya tiba-tiba rosak dan terpaksa berhenti di bahu jalan.

Hero datang tepat pada masa

Ketika dirinya bingung mengenai masalah kereta, tak disangka-sangka muncul seorang lelaki yang sudi menghulurkan bantuan ketika itu. Berkat pertolongan lelaki tersebut, kereta yang mulanya tidak hidup berjaya dihidupkan semula.

Malah tidak sangka berjodohan dengan lelaki yang membantunya itu.

Perkongsian tersebut sememangnya mendapat perhatian warganet selain dari gambar yang menarik bahkan kisah pertemuan pasangan ini. 




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen