"Dia mungkin lebih baik bersama orang lain..." - Ayda Jebat beri kata semangat buat peminat yang kecewa kerana cinta

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak semua orang bernasib baik dalam percintaan. Boleh jadi ada yang bertemu dengan seseorang yang tepat hingga membawa hubungan tersebut ke jingjang pelamin. Namun, ada juga yang dicurangi dan dikecewakan dalam percintaan.

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat ada berkongsi sedikit lagu yang dinyayikan sendiri di laman Instagram miliknya.


Malah, dalam posting berkenaan beliau juga turut bertanya kepada peminatnya sekiranya ada cerita percintaan yang putus ditengah jalan yang ingin dikongsikan. Tidak sangka posting tersebut mendapat perhatian ramai yang berkongsi pengalaman sedih masing-masing.



Dalam posting yang lain, penyanyi Mana Ada Lagi itu juga berterima kasih atas perkongsian peminatnya malah menyifatkan bahawa hubungan cinta yang terjalin perlu saling melengkapi.


Menurutnya, kalau menginginkan pasangan yang baik seperti yang diinginkan maka diri sendiri juga perlu lakukan perkara yang sama.

“Curang, tak setia, tak jujur semua berlaku dalam percintaan. Tak jadi dekat semua orang, tetapi kebanyakkan. Ingat, kalau nak pasangan kita baik, setia, tak tipu kita, jujur, tulus, maka kita pun kena jadi dan buat benda yang sama.”

Kongsinya lagi, dia berharap mereka yang sedang terluka itu dalam keadaan yang baik malah redha dalam apa yang berlaku.

“Semoga semua baik-baik saja untuk kalian. Redha, banyak doa. Pasangan anda sebelum ni bukan yang terbaik buat diri kamu, tapi dia mungkin yang terbaik dan lebih baik bersama orang lain. Insyaallah yang bersesuaian dan yang terbaik buat dirimu akan hadir,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan terima kasih atas kata-kata semangat yang diberikan, malah menyatakan bahawa mereka suka melihat kebahagiaan antara artis tersebut dan tunangnya, Nabil Mahir.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen