Tutup perkataan guna emoji bunga, itu ke panggilan Neelofa untuk PU Riz?

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan lagi rahsia hubungan antara pengacara dan usahawan Neelofa dengan PU Riz, atau nama sebenarnya Haris Ismail.

Menerusi Instagram Story milik Neelofa, beliau telah memuat naik sekeping foto yang memaparkan sebuah buku. Katanya, buku tajwid tersebut dihadiah oleh seseorang yang istimewa dalam hidupnya iaitu PU Riz.


Apa yang menarik perhatian warganet adalah satu perkataan yang ditutupi oleh Neelofa dengan emoji bunga. Disebalik emoji tersebut, tertulis huruf jawi “Ha” dan “Ba” yang disambungkan menjadi ‘Hubun’.

‘Hubun’ adalah dalam bahasa arab. Jika ia diterjemah, membawa maksud 'Love', dan nota tersebut diberikan oleh PU Riz kepada Neelofa berserta petikan hadis untuk diingati bersama.

Dalam gambar tersebut juga tertulis, Neelofa turut mendoakan agar Allah S.W.T terus memberikati kehidupan PU Riz secara berkekalan.

Sebelum ini, Neelofa dikatakan telah dirisik oleh pendakwah muda itu dalam satu majlis yang serba ringkas. Walaupun masih belum ada pengumuman dari keduanya, namun ramai yang membuat spekulasi bahawa pasangan ini sudah melangsungkan pertunangan dan bakal mendirikan rumah tangga.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen