Nampak muda remaja, ingatkan kekasih rupanya ibu berusia 40 tahun

Oleh: Zuzu Yasmine

Aplikasi TikTok sememangnya menjadi kegilaan anak-anak muda sekarang ini. Di situ bukan saja tempat menunjukkan bakat tetapi juga ada yang gunakan platform itu sebagai tempat meluahkan perasaan.


Baru-baru ini, seorang wanita telah tular selepas dirinya mucul bersama seorang lelaki dalam sebuah rakaman. Walaupun tidak bergerak dalam rakaman tersebut, tetapi wanita itu mendapat perhatian ramai.

Menerusi TikTok Haikal Joe, dia menyatakan bahawa wanita berkenaan tidak biasa dengan aplikasi tersebut. Malah ketika dirinya sedang sakan berjoget namun wanita tersebut hanya berdiri di sebelah dan memandang tepat ke arah kamera dan berikan senyuman yang manis.



Ramai yang menyangka bahawa wanita disebelahnya itu adalah kekasih atau isterinya. Namun, rupa-rupanya wanita kelihatan muda remaja tersebut adalah ibu kepada lelaki tersebut. Ijoe menjelaskan bahawa ibunya yang mesra dipanggil umi itu sudah memasuki usia sekitar 40-an.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji kecantikan awet muda yang dimiliki ibunya, malah ada juga yang tidak menyangka bahawa wanita tersebut adalah ibu pemilik akaun tersebut.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen