Baru je akad nikah, pengantin baru terpaksa berjauhan kerana tugas

Oleh: Zuzu Yasmine

Buat bakal pengantin, tentunya sudah mempunyai tarikh pilihan mereka, namun disebabkan Covid-19 ini terpaksa buat secara sederhana dan selesaikan yang penting dahulu.

Malah ada juga yang terpaksa tunda tarikh perkahwinan kerana pasangan tidak lepas untuk rentas negeri dan tidak mahu ambil risiko. Namun lebih sedih jika terpaksa berjauhan dengan pasangan.


Seperti wanita ini yang berkongsi rakaman terpaksa berpisah dengan suaminya di aplikasi TikTok telah mendapat perhatian warganet. Dikatakan pasangan ini baru sahaja bernikah namun terpaksa berpisah disebabkan suaminya perlu kembali bertugas.



Menerusi TikTok tuansyasue menyatakan bahawa suaminya hanya datang ke Pahang untuk bernikah dan menghadiri sesi photoshoot sebelum pulang semula ke Klang demi tugas.

Posting tersebut telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata melahirkan rasa simpati kepada pasangan tersebut kerana terpaksa berjauhan ketika bergelar pengantin baru. Mereka turut mendoakan agar wabak ini segera berakhir dan setiap pasangan yang terpisah kembali bersama.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen