Demi jaga aurat, Neelofa gigih padam gambar sebelum berniqab

Oleh: Zuzu Yasmine

Sentiasa memberi inspirasi kepada anak muda, baru-baru ini Neelofa dikatakan telah memadam beberapa koleksi foto dan video di laman Instagram miliknya.

Padam gambar 'hijabster'

Malah, koleksi seperti aktiviti seni, pengacaraan, acara fesyen antarabangsa, duta berjenama terkemuka dan pelbagai posting yang tidak sesuai dengan penampilannya kini tidak lagi dikongsi untuk tatapan pengikutnya.


Perkara tersebut dikesan oleh netizen yang mana Neelofa telah memadam kira-kira 4,000 posting yang kini hanya tinggal 2,648 posting ketika ini.

Tinggal posting membina

Antara posting yang ditinggalkan adalah kenangan sewaktu menunaikan ibadah umrah dan haji di Tanah Suci bersama keluarga tercinta.

Bahkan, terdapat juga psoting seperti kata-kata motivasi, petikan ayat al-Quran serta beberapa foto yang tidak memaparkan wajahnya yang dikekalkan dalam Instagram tersebut.


Terdahulu, Noor Neelofa Mohd Noor, 31 telah mengumukan bahawa dirinya mengenakan niqab sepenuhnya malah menafikan bahawa penampilan tersebut bertujuan sebagai strategi pemasaran perniagaan miliknya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen