Berang selalu 'korek' cerita bekas kekasih, suami cederakan isteri

Oleh: Zuzu Yasmine

Hilang sabar dengan sikap isteri yang suka ‘mengorek’ kisah silam mengenai bekas kekasih, seorang pemandu lori tidak sengaja mencederakan isterinya kerana rasa tidak puas hati.

Menurut laporan Utusan Online, Muhammad Fais Borhan, 30, bertindak mencederakan isterinya menggunakan tangan selepas tidak berpuas hati dengan wanita itu yang sering mencari maklumat mengenai bekas teman wanitanya.



Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada isterinya, Siti Nur ‘Alia Abd. Manab, 32, atas sebab membangkitkan kemarahan kira-kira pukul 2 pagi di sebuah rumah di Taman Bukit Cheng, pada 2 Disember lalu.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga sebulan atau dengan denda boleh sampai RM1,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.



Terdahulu pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwa Nazari mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM4,000.

Menyesal akan tindakan tersebut, tertuduh menyatakan merayu jumlah lebih rendah diberikan dengan alasan dia tidak sengaja memukul isterinya selain menanggung tiga orang anak.

Muhammad Nazrin kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan Muhammad Fais supaya tidak mendekati mangsa sehingga kes selesai.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen