“Kos rawatan semua saya tanggung, seposen pun tak minta duit awak..." - Aliff Syukri tampil jelas keadaan

Oleh: Zuzu Yasmine

Berikutan dari pendedahan gadis yang mempunyai masalah berat badan yang dikatakan tidak menerima hak seperti yang dijanjikan dari seorang usahawan kosmetik.

Susulan perkara itu, usahawan tersebut Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman telah tampil menjelaskan situasi sebenar.



Membalas kenyataan tersebut menerusi ruang Instagram miliknya, beliau menyatakan bahawa gadis yang dikenali sebagai Wani Comel itu dikatakan telah mencemarkan nama baiknya.



Usahawan kosmetik itu juga menyatakan bahawa hal tersebut sudah setahun berlalu dan tidak sepatutnya diungkit semula.

“Saya dah lama beritahu yang saya buat bariatik pada Wani atas nasihat doktor dan saya post di Facebook pada tarik 19 Ogos 2019.

“Benda dah lama kenapa baru nak cerita, ketinggalan ke awak? Lain kali nak kenakan orang research habis-habisan dahulu” katanya.

Dalam posting tersebut, usahawan kosmetik tersebut turut memuat naik beberapa bukti yang menunjukkan usaha yang telah dilakukan terhadap gadis berusia 23 tahun tersebut.

Tambahnya, beliau juga meminta gadis tersebut untuk mencari rezeki dengan berkerja kerana dikatakan keadaannya kini semakin membaik serta sudah boleh berjalan berbanding sebelum ini.

“Kepada Wani terima kasih banyak2. Awak nak saman saya? Kerjalah adik Wani sayang oii.. dah boleh jalan carilah rezeki..

“Orang lain kerja siang malam pagi petang dik cari rezeki untuk keluarga, awak nak harap duit bantuan sampai bila,” ujarnya.

Terdahulu, gadis tersebut mengalami masalah berat badan hampir 300 kilogram dan telah mendapat rawatan pembedahan bariatrik yang ditanggung sepenuhnya oleh beliau.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen