Ingatkan pelanggan nak tempah kek, tak sangka rupanya jodoh yang datang

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila hati sudah berkenan dengan seseorang, jangan berlengah lagi, cuba ambil peluang untuk berkenalan dengannya. Sekarang ini Facebook, Twitter dan juga pelbagai media sosial lain boleh digunakan sebagai satu platform untuk mencari jodoh.



Seperti lelaki ini yang dikatakan berani untuk menghantar mesej menerusi Direct Message (DM) kepada seorang wanita yang diminati di Twitter telah membawanya ke jinjang pelamin.

Menurut Farah Izzati atau lebih mesra dipanggil Jaja, telah berkongsi detik perkenalan dengan suami tercinta di laman Twitter.



Kisah cinta mereka bermula apabila suaminya mula memberanikan diri untuk berkenalan dengannya pada bulan Ramadhan yang lalu, malah ketika itu dia menyangkakan pelanggan yang ingin membuat tempahan kek.

Sebelum membalasnya, dia mengakui mengambil sedikit masa untuk scroll akuan tersebut terlebih dahulu.

Kata Jaja lagi, pertemuan dia dan suami Muhammad Azlan Mansor pada mulanya agak janggal namun tidak sangka rupanya mereka serasi dan sekepala bila bersama.

“Sebulan berkenalan, dia beranikan diri untuk melamar selepas dia suarakan kepada ibu bapanya. Kemudian kami jumpa keluarga masing-masing dan Alhamdulillah, urusan dipermudahkan. Kami bertunang pada 8 Ogos,” katanya.

Malah, pasangan ini juga telah diijabkabulkan pada 30 November lalu dengan majlis serba sederhana berikutan wabak pandemik.

 

Jelasnya lagi, perkongsian di Twitter adalah sekadar ingin berkongsi detik perkenalan bersama suami dan juga rakan-rakan namun, tidak sangka pula viral dan mendapat komen yang positif oleh warganet yang turut mendoakan kebahagiaan mereka.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen