Aliff Syukri tuntut Wani Comel tunjuk bukti pernah janji bagi rumah, kereta

Oleh: Zuzu Yasmine

Bagi mempertahankan diri selepas didakwa tidak memberi sebarang faedah kepada gadis obesiti yang dikenali sebagai Wani Comel, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri tampil memberi penjelasan berkenaan perkara tersebut.


Tidak pernah berjanji

Menurut usahawan tersebut, dia tidak pernah menabur janji manis dan segala tuntutan gadis itu tidak temeterai dalam kontrak yang ditandatangi kedua-dua pihak.

“Tujuan saya pada mulanya hanya membantu dirinya berjalan semula yang sekali gus dapat membantu dia untuk menjaga ibunya yang sakit.

“Sebenarnya saya memang tidak pernah menjanjikan kereta, rumah dan sebagainya. Kalau betul ada dalam perjanjian boleh tuntut di mahkamah,” katanya.

Tidak akan berdiam

Aliff berkata, dia tidak teragak-agak untuk membawa perkara itu ke muka pengadilan, malah tidak menolak ada pihak yang cuba menjatuhkan perniagaannya dengan membangkitkan isu tersebut.

“Saya malas nak kacau hidup orang tapi kalau dah sampai mengganggu hidup saya, saya tak akan berdiam. Biarlah isu ini diuruskan oleh peguam. Saya bersedia 200 peratus untuk membawa kes ini ke mahkamah!

“Saman yang akan dikemukakan mana-mana pihak, saya mengalu-alukan saman anda,” ujarnya.

Terdahulu, Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira, 23, yang mengalami masalah berat badan hampir 300 kilogram telah menuntut pampasan sebagai ganti rugi kerana mendakwa tidak mendapat sebarang faedah seperti dijanjikan sebagai duta produk.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen