Elfira kongsi bacaan surah Al-Mulk dari suami buatnya jatuh cinta

Oleh: Zuzu Yasmine

Bakal menyambut ulang tahun perkahwinan yang kedua tahun, selebriti Elfira Loy berkongsi detik pertemuan bersama suami Faris Kahirol Anuar, yang tidak diketahui umum.



Menerusi Instagram Elfira Loy, beliau telah memuat naik beberapa keping foto di IG story berkenaan pertemuan pertamanya bersama suami selepas mendapat pertanyaan daripada peminatnya.

Pertemuan pertama

Menurut Elfira, kali pertama beliau berjumpa dengan suaminya adalah pada malam Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) kira-kira beberapa tahun dulu.



Selain memuat naik foto berkenaan di laman Twitter, suaminya turut melahirkan penghargaan buat pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi kerana telah mempertemukannya dengan Elfira pada malam tersebut.



Elfira turut berkongsi cerita bahawa rakan baiknya yang juga anak kepada aktor Rosyam Nor iaitu Anis pernah mendoakan Faris berjodohan dengan dirinya.

Surah kegemaran

Dikesempatan itu juga, pengikutnya mengajukan soalan antara surah kegemarannya dan sebenarnya terdapat cerita menarik disebalik surah tersebut.



Untuk makluman, Faris juga diberi syarat oleh ibu Elfira jika mahu bernikah dengan Elfira perlu menghafal surah al-Mulk.

“Faris, kalau nak kahwin dengan anak aunty, kena hafal al-Mulk,” tulis Elfira.

Terdahulu, Elfira dan suami telah mendirikan rumah tangga pada 1 Janurai 2019 dan telah menimang cahaya mata lelaki yang bernama Muhamad Rayyan Khalaf Muhamad Faris.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen