Lepas guru, ‘nurse’ pula tampil dakwa jadi mangsa pendakwah selebriti

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau sebelum ini guru dan juga pelajar kolej, kali ini seorang jururawat swasta tampil membuat laporan polis berhubungan dakwaan kes seksual membabitkan seorang pendakwah selebriti.


Guna cara yang sama

Menerusi laporan Sinar Harian, wanita berusia 26 tahun tersebut menjadi mangsa pada Disember tahun lalu selepas berkenalan dengan suspek pada Mac 2018.



Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata suspek telah menggunakan modus operandi yang sama dimana mangsa dan suspek berkenalan di media sosial sebelum berpura-pura mengajak mangsa keluar makan hingga dibawa pulang ke rumahnya.

Siasatan sedang dijalankan

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan suspek kini masih dalam perintah reman sehingga Jumaat. Susulan laporan yang dibuat wanita itu, setakat ini pihaknya telah menerima sembilan laporan polis.

"Kita masih lagi menjalankan siasatan dan akan lihat dari semua sudut dengan mengumpul maklumat berkaitan.

"Polis akan menjalankan siasatan dengan adil dan semua maklumat yang diperoleh akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan lanjut," katanya.

Terdahulu, pendakwah tersebut telah ditahan bagi membantu siasatan selepas pihak polis menerima laporan di balai Polis Shah Alam. Kemudian suspek berusia 25 tahun talah direman selama 5 hari bagi membantu siasatan berhubungan laporan yang diterima di balai Polis Petaling Jaya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen