Nenek rugi hampir RM300,000, gara-gara duit simpan dalam tin milo

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang dulu-dulu sememangnya suka menyimpan duit di rumah sahaja. Ada yang suka simpan bawah bantal atau tilam dan juga tin-tin biskut. Bagi mereka simpan di rumah lebih mudah berbanding di bank yang dikatakan agak rumit.



Namun begitu, mereka tidak sedar akan risiko yang tinggi jika menyimpan wang seperti itu. Rosak atau lupa itu boleh terjadi sekiranya di rumah.

Baru-baru ini, tular di Facebook apabila seorang nenak mengalami kerugian apabila memilih bekas tin milo sebagai tempat menyimpan wang. Dikatakan, wang yang disimpannya itu telah dimakan dengan serangga anai-anai.



Menurut laporan portal World of Buzz, difahamkan kerugian yang dialami dalam jumlah yang agak besar iaitu sekitar RM300,000.



Berdasarkan video yang dikongsi, boleh dilihat beberapa keping wang bernilai RM100 itu telah hancur kerana serangga tersebut dikatakan telah memakan dan membiak di dalam tin milo itu.

“Semua wang yang saya ambil di sini mempunyai masalah. Terdapat RM10,000 dalam satu timbunan, dan ada 23 timbunan. Jadi total timbunan adalah RM230,000,” kata individu dalam video tersebut.

Diharapkan perkara ini juga memberi pengajaran kepada orang lain untuk tidak menabung di tempat seperti itu. Malah, disamping menasihati nenek atau atuk untuk menyimpan wang di tempat yang lebih selamat.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen