Gara-gara lupa bawa 'mask', lelaki selamba rembat 'mask' anak

Oleh: Zuzu Yasmine

Bagi mengawal penularan wabak Covid-19, orang ramai dinasihatkan untuk memakai penutup muka apabila keluar di khalayak ramai. Jika tidak mematuhi peraturan tersebut, boleh dikenakan kompaun sebanyak RM1,000.



Baru-baru ini, tular satu insiden yang lucu apabila seorang lelaki dikatakan memakai ‘face mask’ anaknya sewaktu membeli keperluan harian.

Menarik perhatian ramai

Menerusi aplikasi TikTok Deeyla Rusly, insiden tersebut dikatakan telah dirakam oleh isteri lelaki berkenaan yang tidak tahan melihat gelagat suaminya itu.

Melihat ke rakaman tersebut, lelaki itu telah menarik perhatian ramai kerana memakai face mask anaknya, gara-gara face mask miliknya tertinggal di rumah.

Cuba tahan gelak

Ketika mereka sedang membuat bayaran di kaunter kedai serbenaka tersebut, kelihatan dua orang casher sedang menahan gelak melihat suaminya itu. Mana tidaknya, face mask tersebut bersaiz kecil dan hanya menutupi mulut dan hidung lelaki berkenaan.



Kedua-dua cashier tersebut cuba menahan gelak kerana tidak mahu kelihatan kurang sopan di depan pelanggan.



Perkara tersebut telah menjadi perhatian warganet yang rata-rata terhibur melihat gelagat suaminya itu malah ada juga yang menyatakan bahawa lelaki berkenaan cuba mengikut SOP yang telah ditetapkan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen