Prihatin 'runner' tak sempat makan, pemilik gerai beri burger untuk setiap pembelian 'coustmer'

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak kira hujan mahupun panas terik, makanan yang dipesan tentunya akan tiba tepat pada waktunya di depan pintu pelanggan mereka. Malah, kerana kesibukan berkerja, kadang kala mereka tidak sempat untuk mengisi perut mereka sendiri.



Itu belum lagi terpaksa melayan kerenah pelanggan yang mempunyai pelbagai ragam, namun itu semua tidak diperdulikan asalkan dapat rezeki yang halal.

Tak kira cuaca hantar makanan

Faham akan penat lelah yang dialami oleh rider penghantar makanan seperti Food Panda atau Grab Food, pemilik kedai The Hashtag Burger di Kota Damansara telah berkongsi rezekinya bersama rider penghantar makanan.


Menurut pemilik kedai tersebut, Muhammad Jeffrey yang berkongsi perkara tersebut di Facebook serta meluahkan rasa simpati kepada rider penghantar makanan.



Sagu hati buat rider

Kongsinya, setiap pembelian buger di Food Panda ataupun Grab Food, rider penghantar makanan akan mendapat sebiji buger sebagai sagu hati untuk mereka makan.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar pemilik gerai buger tersebut dimurahkan rezeki, disamping memuji tindakan dirinya yang begitu prihatin terhadap rider penghantar makanan.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen