Ketua jururawat HUSM meninggal dunia selepas positif Covid-19

Oleh: Zuzu Yasmine

Frontliners merupakan orang yang sangat penting ketika ini bagi mengawal dan merawat penularan wabak Covid-19. Malah, mereka ini juga antara yang mudah terdedah dan dijangkiti wabak tersebut.



Menerusi Harian Metro, seorang jururawat wanita di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, meninggal dunia malam tadi dipercayai akibat Covid-19.



Kematian itu menjadikan mangsa berusia 52 tahun adalah korban keenam Covid-19 di Kelantan.



Menurut keluarga mangsa yang enggan dikenali, mangsa meninggal dunia jam 10.15 malam tadi di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ).

"Arwah mempunyai dua orang anak dimasukkan ke hospital sejak 7 Disember lalu sebelum disahkan positif Covid-19.

"Arwah adalah seorang ketua jururawat di Unit Rawatan Rapi Pembedahan HUSM. Kami sekeluarga reda dengan kematiannya.

"Suami dan anak-anak arwah juga masih dikuarantin," katanya.


Jenazah telah dikebumikan kira-kira jam 11 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nilam Baru, Kota Bharu.

Seramai 20 orang terdiri yang hadir di tanah perkuburan itu termasuk daripada Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri serta beberapa anggota keluarga.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin, ketika dihubungi memaklumkan perkara itu masih dalam siasatan pihaknya dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi sebaik siasatan selesai.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen