Keliru

Oleh: Siti Nur Ain

Assalammualaikum. Dekat sini aku nak kongsi masalah aku. Aku cintakan dia tapi dalam masa yang sama, hati aku berbelah bahagi nak terima dia atau terima orang lain. Aku tersepit dekat tengah-tengah, sampai aku sendiri tak tahu apa yang patut aku buat. Jadi sebab tu lah aku menulis dekat sini. Sekurangnya ada tempat untuk aku luahkan perasaan aku.

Cerita ni mula bila kekasih aku hilangkan diri dia macam tu je. Tak ada call, mesej, memang aku langsung tak tahu khabar berita dari dia. Kami bercinta dah lama, dah nak masuk 4 tahun. Parents kami dah saling kenal dan rapat. Memang hubungan kami ni tak ada masalah. Masing-masing dari keluarga kami terima dan bagi green light. Tinggal teruskan ke langkah seterusnya je. Tapi tiap kali aku timbulkan topik menikah. Dia akan cuba lari topik dan tak nak jawab soalan aku. Salah ke aku nak kekasih aku cepat melamar aku?

Bukan sebab aku terdesak atau apa. Tapi nanti apa pulak jiran-jiran cakap bila mereka nampak aku selalu keluar dengan lelaki. Nanti mak ayah aku juga yang malu. Tapi ye lah sebab sayang, aku cuba faham dia. Mungkin dia masih belum bersedia lagi nak kahwin. Tak rela nak lepaskan zaman bujang dan zaman berseronok dengan kawaan-kawan. Aku selalu mengalah dan cuba faham dia.

Sampailah satu hari, dia dipindahkan kerja agak jauh. Kami akhirnya terpisah negeri. Dia dekat Kedah, aku pulak dekat Selangor. Sepanjang LDR memang tak ada masalah. Kami faham yang kami dah tak boleh jarang jumpa dan nak telefon selalu. Sebab kerja dan masing-masing penat, nak tidur cepat. Tapi ada juga salah faham jadi, alasan dia terlampau penat dan nak terus rehat.

Padahal masa tu kami dah seminggu langsung tak call, mesej pun dia nak tak nak balas. Aku mesej panjang berjela, dia cuma balas ok, oh ya, ha baguslah. Siapa je yang tak makan hati kalau kena macam tu? Bila aku tanya kenapa balas macam tu, mulalah dia marah-marah cakap dia nak rehat. Dan kesekian kalinya aku mengalah dan minta maaf sebab kacau dia.

Kami terus macam ni dalam 6 bulan. Sepanjang 6 bulan tu aku yang selalu ikut mood dia. Bila dia ada mood, aku happy sangat. Chat panjang-panjang dan telefon selalu. Tapi bila dia tak ada mood, mesej aku pun langsung dia tak nak layan, paling sakit bila dia tinggalkan bluetick je. Banyak kali aku kena dan banyak kali tu juga lah aku pujuk hati aku.

Sampailah satu hari tu, aku tanya sekali lagi. Bila dia nak melamar aku dan halalkan aku cepat. Tapi still dia tetap tak nak balas. Dia abaikan soalan aku tergantung macam tu je. Aku pun diamlah macam biasa. Sebab aku dah faham dengan perangai dia. Diam maksudnya dia tak nak jawab dan tak nak cakap pasal benda ni sekarang. Tapi rupanya tu lah last aku telefon dia. Beberapa hari kemudian dia terus hilangkan diri. Aku call nombor dia tapi dia dah tukar nombor lain.

Aku tanya semua kawan dia, tapi seorang pun tak tahu. Mak ayah dia saling berpandang macam tahu sesuatu. Tapi mereka cakap mereka pun tak tahu kemana dia menghilang. Aku cuma mengangguk dan terus pergi dari rumah mereka. Aku macam orang gila sebab kena tinggal macam tu je. Tanpa ada kata putus, tak ada kata pasti. Dah macam..aku ni masih kekasih dia atau bukan?

Hampir 2 bulan aku kena tinggal macam tu je. Mungkin korang akan anggap aku bodoh sebab tunggu dekat orang yang dah tinggalkan kau tanpa berita pun. Tapi tu semua sebab aku sayangkan dia sangat. Dia lelaki pertama yang buat aku betul-betul jatuh cinta, dan dia lah juga yang bertahan dekat sisi aku sampai bertahun. Sebab tu aku memang tak dapat nak lepaskan macam tu je.

Masuk bulan 3, aku mula terima kenyataan yang mungkin kami tak ada jodoh. Terlebih lagi secara mengejut kawan baik ayah aku datang dan bertanya pasal aku. Dia nak jodohkan aku dengan anak lelaki dia, Aiman. Anak dia memang aku tak pernah kenal dan tak pernah nampak. Sebab dia kerja dekat Terengganu dan jarang balik ke sini. Ayah aku cuma cakap terpulang dekat aku. Aku diam tak tahu nak cakap apa, tapi aku tetap bagi nombor aku dekat pakcik tu bila dia minta. Untuk bagi dekat Aiman nanti.

Kami akhirnya berkenalan dan mula rapat. Walaupun tak pernah jumpa lagi, tapi aku selesa dengan dia. Dia sopan dan selalu boleh buat aku ketawa. Lama-lama aku mula lupakan pasal hubungan aku dengan kekasih aku. Terlebih lagi bila Aiman cakap dia akan balik minggu ni untuk jumpa aku, lagilah aku excited. Nak tahu sangat macam mana rupa Aiman yang selama ni chat dengan aku.

Kami akhirnya berjumpa. Dari segi rupa, boleh katakan Aiman ni muka comel walaupun ada rahang. Orang kata sedap mata memandang, itu yang aku boleh cakap dekat Aiman ni. Tapi aku tak kesah pun pasal rupa seseorang. Sebab aku tahu nanti dah kahwin, muka hensem je tak cukup kalau pemalas dan tak boleh harap. Kami terus berbual dan berbincang. Jujur aku cakap walaupun kami banyak perbezaan, tapi sebab perbezaan tu kami jadi makin rapat. Aku dapat terima minat dia, dia pun dapat terima minat aku.

Sampai lah dekat sebulan aku kenal Aiman, tiba-tiba dia datang balik. Kekasih aku yang selama ni hilangkan diri datang muncul depan rumah aku. Dia nak bincang berdua dengan aku dan minta izin dekat ayah aku untuk keluar dengan aku. Walaupun ayah tak suka tapi ayah tetap bagi sebab nak aku selesaikan masalah aku dengan dia.

Bila kami berdua, dekat situ lah dia luah semuanya. Yang dia selalu overtime, kerja kuat semata-mata nak cepat kahwin dengan aku. Tapi bila aku tnya kenapa dia menghilang berbulan tak pernah call atau bagitau apa-apa, jawapan dia buat aku sakit hati. Kecewa pun ada. ‘Sebab saya tak nak ada orang kacau.’

Jadi selama ni aku pengacau je lah dalam hidup dia? Bila aku nak balik rumah, dia terus tahan aku dan minta maaf. Dia janji dia tak akan buat macam tu lagi dan akan selalu ada untuk aku. Dia juga cakap kalau aku setuju, minggu depan dia terus masuk melamar aku. Masalahnya Aiman juga cakap dia akan terus melamar aku bila aku cakap setuju. Aku jadi tersepit dekat tengah-tengah. Aku terus minta dia bagi aku masa dan balik ke rumah aku.

Dekat rumah ayah tanya apa yang kekasih aku tu nak. Bila aku terangkan semuanya, ayah cakap dia lagi pilih Aiman berbanding kekasih aku. Tapi aku masih lagi cintakan dia. Orang yang dah temankan aku bertahun. Aku terus berkurung dekat bilik dan termenung tak tahu nak buat apa. Aku cuba tenangkan diri dulu sebab aku nak buat keputusan dalam keadaan emosi aku stabil. Sebab benda ni penting dan menyangkut masa depan aku. Jadi aku kena pilih dengan betul.

Kalau korang pulak yang ada dekat tempat aku. Siapa yang korang pilih dan apa sebabnya? Mungkin dari jawapan korang aku boleh yakin dengan keputusan aku nanti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen