Suami pelik kenapa beg isteri berat, sekali keluarkan macam poket 'Doraemon'

Oleh: Zuzu Yasmine

Beg tangan sememangnya aksesori yang sangat penting bagi kaum wanita. Rasa tak lengkap kalau keluar rumah tanpa beg di sisi.

Malah, rata-rata wanita biasanya mempunyai lebih 5 beg tangan dalam simpanan mereka, namun tentu akan ada satu yang paling digemari dan kerap kali diguna pakai.



Kalau wanita bawa beg tangan, tentunya orang lelaki yang akan menumpang segala benda ke dalam beg tangan pasangan mereka. Tapi, pernah tak dengar alasan beg tak muat bila nak tumpang barang perbadi.

Seperti wanita ini, apabila suaminya pelik beg tangannya berat dan sentiasa tak muat apabila ingin tumpang barang.

Pelik kenapa beg isteri berat

Menerusi perkongsian Melroses di aplikasi TikTok, dia berkongsi reaksi suaminya yang ingin tahu apa dia dalam beg tangan miliknya selama ini.



Atas permintaan tersebut, dia telah memunggah beg tangannya yang berat dan mengeluarkan segala isi di dalam beg tersebut.

Dah macam poket doraemon

Alangkah terkejutnya apabila melihat segala isi beg tangan tersebut bukan hanya duit dan dompet namun segala resit yang sudah lama serta segala benda yang tak penting tersimpan di dalamnya. Paling menarik perhatian choco jar pun ada juga.



Menurutnya selama ini dia mengingatkan bahawa begnya terasa berat kerana menggalas wang yang banyak namun rupa-rupanya sebaliknya.

Perkara tersebut telah mengudang pelbagai reaksi dari warganet yang rata-rata menyatakan bahawa perkara seperti itu akan berlaku kalau nak cepat sahaja. Bahkan ada juga yang menasihati bahawa perkara tersebut melambangkan keperibadian seseorang.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen