Layan isteri sarat hamil, bukan mengidam makanan je emas pun dia inginkan

Oleh: Zuzu Yasmine

Mood orang perempuan masa mengandung ni memang macam-macam ragam. Paling mudah nak lihat mereka ini tersangatlah sensitif. Itu belum lagi bila tiba mereka mengidam macam-macam, kalau tak dapat memang boleh merajuk seminggu.

Buat yang mengenali pasangan bahagia Aisyah Hijanah serta suaminya Alif Teega tentunya tahu bahawa kini Aisyah sedang sarat hamil anak sulung mereka.



Baru-baru ini, Alif Teega telah memuat naik satu video saat isterinya begitu selera menikmati makanan.

Layan isteri mengidam

Dalam perkongsian tersebut, Alif meluahkan rasa seronok apabila melihat wajah isterinya yang bahagia menikmati setiap hidangan yang dia inginkan.



Menurutnya, banyak benda yang isterinya tidak pernah makan, namun pada ketika ini lah tiba-tiba isterinya mahukan.

“Seronok bila isteri mengidam macam-macam. Bila dia dapat tu, muka dia bahagia betul. Benda yang dia tak pernah makan pun dia jadi nak makan.”

Pantang nampak kedai emas

Lebih uniknya Aisyah juga turut mengidam emas hingga membuatkan dirinya ingin berhenti setiap kali melihat kedai emas.

“Paling terlejut mengidam emas. Lalu je kedai emas nak berhenti. Aduhaii.”

Namun begitu, sebagai seorang suami yang baik, Alif sedaya upaya menurutkan segala kemahuan isterinya sementara ini.



Dalam perkongsian tersebut, Alif juga meminta pengikutnya mendoakan agar urusan isterinya itu dipermudahkan.


Melihat ke ruangan komen, ramai yang berkongsi pelbagai pengalaman yang sama malah ada juga yang menyatakan Alif bernasib baik bahawa isterinya tidak mengidam perkara yang terlalu pelik-pelik.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen