Gadis tetap tenang walaupun tahu 'boyfriend' dah kahwin tapi rupanya kena 'prank'

Oleh: Zuzu Yasmine

Bercinta sudah lama, tahu-tahu kekasih hati sudah mempunyai isteri. Siapa yang tidak sedih jika berada dalam situasi seperti ini. Nak-nak dah berjanji nak halalkan hubungan tentunya hati remuk seribu.

Tapi lain pula dengan gadis ini yang boleh dikatakan sangat tenang apabila menerima berita sebegitu saat dirinya sedang sibuk berkerja.



Masih tenang bila tahu kekasih dah kahwin


Menerusi aplikasi TikTok deechanteq, dia telah berkongsi rakaman dimana dia telah bertemu seorang gadis dan menyatakan bahawa dirinya adalah isteri kepada teman lelaki gadis tersebut.



Malah, si perakam juga meminta agar gadis berkenaan untuk tidak mendekati suaminya dan mengganggu rumah tangga mereka.

Walaupun kelihatan agak kecewa dengan berita tersebut, namun gadis itu masih berusaha untuk kuat malah turut berjanji tidak akan mendekati lelaki berkenaan.



Rupanya prank semata

Namun, rupanya si perakam merupakan surprise planner dan telah berkomplot dengan kekasih gadis berkenaan untuk mengenakan gadis tersebut.

Semuanya kantoi selepas si perakam menyuruh gadis berkenaan mengikuti dirinya ke kereta dan memberikan hadiah belon, coklat dan juga teddy bear.



Gadis tersebut yang terkejut sempat mengesat air mata apabila mengetahui bahawa perkara tersebut dirancang oleh kekasihnya dan juga Kak Dee.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi pelbagai reaksi malah sangat memuji tindakan gadis tersebut yang tenang malah real mengundur diri apabila mengetahui kekasihnya berstatus suami orang.

Bahkan, ada juga yang menyatakan jika mereka berada di tempat gadis berkenaan tentunya akan menangis dan cuak apabila mengetahui kekasih sendiri sudah berkahwin.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen