Belum cukup 44 hari dah keluar, peminat Emma Maembong luahkan kebimbangan

Oleh: Zuzu Yasmine

Pelakon popular Emma Maembong telah selamat melahirkan anak sulungnya pada 8 November lalu pada usianya 28 tahun.

Kalau sebelum ini warganet memuji kecomelan anak lelakinya, kali ini warganet mula meluahkan rasa bimbang apabila dilihat Emma memuat naik foto bersama rakan baiknya.



Menerusi posting berkenaan, dilihat Emma bersama rakan baiknya Rita Sosilawati sedang menikmati juadah di sebuah restoran.

“With my sister @rita_sosilawati and her dim sum at lepaking” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkara tersebut menjadi kebimbangan warganet yang menyatakan bahawa tempoh pantang pelakon tersebut belum mencecah 44 hari. Perkara ini menjadi tanda tanya adakah pelakon terbabit tidak berpantang dengan cara yang betul.



Bimbang akan keadaan Emma, warganet telah meninggalkan komen yang berunsur nasihat dan mengambil berat mengenai dirinya.

Terdahulu, Emma telah mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan Shazli Azhar pada 20 Februari lalu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen