"Saya nak jalan jauh...jalan jauh tok" - Mangsa kemalangan maut

Oleh: Zuzu Yasmine

Turut bersimpati dengan kemalangan ngeri melibatkan sebuah kereta Perodua Axia dan sebuah lori treler diKilometer 272.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Taman Rekreasi Gunung Lang, petang semalam telah mengakibatkan tiga kanak-kanak lelaki maut dan ibunya cedera parah.



Menurut laporam, Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27 yang memandu Perodua Axia dipercayai terbabas dan melanggar belakang treler dan telah mengorbankan tiga anak mangsa iaitu Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafis, 7, Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy, 1.

Rindu bawa ke mimpi

Terkejut dengan apa yang menimpa cucu-cucu kesayangan, Mohamad Ahad, 67, menyatakan bahawa dia sempat bermimpikan tiga cucunya itu.

"Saya bermimpi bertemu ketiga-tiga cucu saya, mereka datang kepada saya, senyum, peluk saya dan akhirnya melambai kepada saya sebelum tersedar," katanya.

Tambahnya, mimpi itu adalah paling menyedihkan baginya selepas ketiga-tiga cucu kesayangan pergi mengadap Ilahi ketika mereka sekeluarga belum puas bermanja bersama.

"Saya sangat terasa kehilangan mereka sampai terbawa-bawa dalam tidur, lebih-lebih lagi Muhammad Lufti Hakim yang tinggal bersama saya selama kira-kira dua bulan sebelum diambil semula oleh ibunya, Selasa lalu untuk pulang ke Pulau Pinang.



"Cucu kedua saya itu rapat dengan saya dan sudah pasti keriuhan dan kepetahan dan percakapannya ketika tinggal bersama saya akan jadi kenangan buat saya selamanya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Jati, Batu Berendam.

Bagaimanapun, dia turut meluahkan rasa syukur kepada Allah yang telah 'meminjamkan' tiga cucu yang baik, manja dan comel kepada mereka sekeluarga.

"Nak jalan jauh tok..."

Mohamad juga sempat berkongsi kenangan bersama Allahyarham Muhammad Lufti pada Selasa lalu ketika minum pagi bersamanya.

"Ketika sedang bersarapan, cucunya itu datang menyapa saya dan bertanyakan menu makanan lalu menyuarakan ingin makan bersama.

"Apabila saya menyuruhnya meminta dengan nenek, dia terus berkata mahu minum bersama saya kerana hendak jalan jauh. Dia kata `saya mahu minum dengan atok, saya nak jalan jauh...jalan jauh tok'," katanya yang beberapa kali menitiskan air mata tidak dapat menahan sebak.

Sementara itu, jenazah tiga beradik itu telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad manakala ibu mereka, Nur Aimi pula dikatakan kini dalam keadaan stabil.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen