Suruh suami sarung telekung, tak sangka dapat ciuman batalkan air sembahyang

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam rumah tangga, saling bergurau tu sememangnya satu saat yang manis. Bukan sahaja terasa tenang malah hubungan juga semakin erat.



Tak cukup dengan itu, dilengkapi pula dengan solat berjemaah bersama-sama, tentunya rasa makin terikat kasih sayang bersama. Makin erat dan bahagia makin terasa.

Siap sedia nak solat bersama

Menerusi perkongsian TikTok @mataharishining telah memuat naik video saat dia dan suami sedang bersiap untuk menunaikan solat berjemaah.



Eh dia buat sesi batal air sembahyang pula


Namun, kerana tangannya agak sakit, dia telah membiarkan suaminya memakaikan telekung malah tidak tersangka tangan suaminya itu terkena pada dahinya dan suaminya terus mencium dahi seolah-olah lakukan sesi pembatalan air sembahyang.



Sedar akan perkara itu, kedua-duanya saling berbalas pandangan sebelum memecahkan tawa kerana situasi yang berlaku itu.



Terima kasih selalu membantu

Dikesempatan itu juga, wanita berkenaan meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kerana memiliki suami yang rajin dan sanggup membantu dalam menguruskan rumah tangga.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terhibur akan gelagat pasangan ini malah turut mendoakan pasangan ini terus bahagia hingga ke syurga.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen