Dulu tak suka, tak sangka sekarang jadi suami selepas setahun tunjuk usaha

Oleh: Zuzu Yasmine

Perasaan suka dan sayang ini kadang kala tidak boleh dipaksa. Semua itu akan berlaku tiba-tiba dengan siapa pun tidak boleh dipilih. Bab perasaan ni susah nak terangkan, tapi kalau benci jangan terlampau benci pula, nanati lain pula jadinya.



Orang tua-tua selalu pesan jangan terlalu benci dekat seseorang takut nanti kahwin dengan orang yang dibenci itu. Perkara itulah yang dilalui gadis ini apabila bernikah dengan lelaki yang tidak disukai dahulu.

Dulu tak suka sekarang dah suka

Dikongsikan oleh salah seorang pengguna aplikasi TikTok yang dikenali sebagai Fatin Seri Arisah, dia telah memuat naik video kompilasi saat dia bernikah hingga ke majlis persandingan dia dan suami.



Dalam video tersebut, Fatin mendedahkan bahawa sebelum ini dirinya tidak penah menyimpan perasaan pada suaminya.

Usaha suami buka pintu hati

Namun, atas usaha ditunjukkan selama setahun oleh suaminya yang dikenali sebagai Helmi, dia akhirnya terbuka hati menerima suaminya itu.



Bernikah dan bersanding serba ringkas berikutan pandemik Covid-19, pasangan ini kelihatan bahagian dan sepadan bila bersama.



Menjengah ke ruangan komen, video berdurasi 20 saat itu telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata mengucapkan tahniah malah turut berkongsi pengalaman yang seakan sama dengannya.

Bahkan ada juga yang meninggalkan pesan agar tidak menyukai seseorang secara berlebihan takut nanti menjadi peneman hidup selamanya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen