Gara-gara bunyikan hon, wanita ditumbuk dan diugut guna pisau

Oleh: Zuzu Yasmine

Gara-gara membunyikan hon sebagai tanda untuk meminta alihkan kereta, seorang wanita ditumbuk di muka dalam kejadian di tempat letak kenderaan di sebuah kondominium di Desa Petaling, Kuala Lumpur.



Menurut laporang Kosmo! Online, suspek berusia 58 tahun itu meletakkan keretanya di petak letak kenderaan milik mangsa sebelum wanita itu membunyikan hon.



Geram dengan tindakan wanita berusia 27 tahun itu, suspek bertindak menumbuk mangsa sebelum mengambil pisau untuk mengugutnya.



Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

“Berlaku salah faham antara mangsa dan suspek dan kita telah menahan lelaki itu sebaik menerima laporan.

“Suspek juga sudah dituduh di mahkamah semalam mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

Perkara tersebut telah tular berikutan mangsa telah menceritakan kejadian sebenar di laman Facebooknya malah turut memuat naik gambar dan juga video sebagai bukti.

Bahkan, anak-anak kepada suspek juga dikatakan telah datang membuat permohanan maaf dan menyatakan bapanya sedang mengalami masalah ‘tekanan’ ketika kejadian.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen