Sanggup hantar rombongan meminang ke Indonesia, gadis tak sangka dapat kahwini jejaka Melayu

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya bila jalinkan hubungan jarak jauh ni, ramai yang tidak meletakkan harapan yang tinggi. Semuanya berserah kepada jodoh jika jodoh sudah tertulis untuk mereka.



Sama juga dengan pasangan ini yang bercinta jarak jauh dua negara. Walaupun pernah terputus hubungan tidak sangka jodoh menyatukan cinta mereka ke jinjang pelamin.

Lost contact 6 bulan

Menerusi aplikasi TikTok, Liya berkongsi detik perkenalan dan juga pertemuan dengan suaminya sebelum terpisah antara dua negara. Suaminya Amirul merupakan orang Malaysia, manakala Liya pula adalah warga Indonesia.



Menurut Liya, dia dan Amirul telah berkenalan sejak 2016 lagi namun mereka terpaksa terpisah selama 10 dan jalankan hubungan jarak jauh. Bahkan hubungan mereka juga pernah tergantung tak bertali.

Nikah di Indonesia, bersanding di Malaysia

Namun, apabila sudah dinamakan jodoh, Amirul gigih datang ke Indonesia menghantar rombongan meminang, malah pernikahan mereka juga turut dilakukan di Indonesia.

Liya juga meluahkan bahawa mereka telah melalui segala halangan untuk halalkan hubungan mereka. Malah, katanya tidak sangka bahawa perkahwinan mereka bukan sahaja menyatukan dua hati namun juga dua adat dan budaya dari dua negara.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah buat pasangan ini malah turut mendoakan kebahagiaan mereka.

Bahkan ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama dimana mereka juga sedang berjuang kisah cinta antara dua negara.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen