"Kesedihan yang tiada kata-kata, Al-Fatihah buat bonda" - Najib Razak

Oleh: Zuzu Yasmine

Ibu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Rahah Mohamad Noah telah kembali ke rahmatullah petang semalam pada usianya 87 tahun.



Allahyarham merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Prince Court di Kuala Lumpur.



"Bonda saya sudah tiada"

Berita sedih itu juga turut dikongsikan oleh Perdana Menteri Keenam menerusi akaun Facebook miliknya.

“Innalillahwainnailaihirojiun. Bonda saya sudah tiada. Kami sekeluarga di hospital. Kesedihan dan air mata mengalir. Tiada kata-kata untuk kehilangan ini,” katanya.

Dikebumikan di Makam Pahlawan

Sementara itu, menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan memutuskan supaya Allahyarham Tun Rahah Mohd. Noah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara dan akan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara.



Ketika ini, jenazah Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah tiba di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi awal pagi tadi.

Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di masjid berkenaan sebelum orang ramai dibenarkan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari ini.



Keadaan di masjid berkenaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada masa ini.

Selepas urusan penghormatan terakhir itu, jenazah Allahyarhamah Tun Rahah akan dibawa ke Masjid Negara bagi Istiadat Pengebumian Negara.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen