Lamar secara 'live', Uqasha kata 'yes' sambut lamaran Kamal

Oleh: Zuzu Yasmine

Bermula dengan lakonan bersama ‘Setelah Terlafaznya Akad’ dan pelbagai drama lain yang sememangnya menyerlahkan keserasian kedua-dua pelakon ini.

Pelakon Kamal Adli telah membuat kejutan apabila melamar kekasih hatinya yang juga merupakan pelakon Uqasha Senrose, 28, sewaktu tampil berpasangan menjadi penyampai pada Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020), malam tadi.



Aksi spontan pelakon berusia 34 tahun itu yang tiba-tiba melutut dan bertanya adakah Uqasha sudi berkahwin dengannya sememangnya megejutkan ramai.

Seperti disangkam Uqasha menyambut dengan jawapan ‘ya’ sebelum Kamal menghadiahkan sebentuk cincin buatnya.

"Uqasha Senrose, sudikah awak menjadi isteri saya?

"Awak ni sedang 'promote' drama baharu kita ke?" tanya Uqasha yang nyata terkejut dengan lamaran berkenaan.

Terdahulu, pasangan pelakon yang hangat digosipkan bercinta itu dikatakan sudah menghadiri kursus perkahwinan pada sekitar Oktober lalu.



Pasangan ini juga dikatakan mula akrab setelah digandingkan bersama dalam beberapa drama arahan Michael Ang tahun lalu.


Bukan itu sahaja, hubungan mereka juga dapat dihidu apabila Kamal pernah memuat naik hantaran di Instagram dengan kapsyen tertera bowling atau dating?' bersama foto mereka, beberapa bulan sebelum itu.

Bahkan, Uqasha juga dilihat beberapa kali menemani Kamal menghadiri acara membabitkan ahli keluarga. Pada majlis sambutan hari jadi Uqasha yang ke-28 lalu, Kamal menjadi antara tetamu yang memeriahkan majlis.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen