Illi Najwa mohon maaf atas kejahilan, akui suami sudah peluk Islam tahun lalu

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan video seorang wanita Malaysia Illi najwa Husssin Saddique yang berkahwin dengan Kapten Pasukan Hoki India, Manpreet Singh Pawar yang mengenakan adat perkahwinan punjabi telah memohon maaf kerana mencetuskan pelbagai persoalan.



Menerusi laporan Malaysia Gazette, Illi mengaku apa yang berlaku atas salah dan kejahilan dia dan suaminya. Malah, wanita berkenaan turut menzahirkan permohonan maaf kepada keluarganya yang diheret sama dalam isu itu.

“Illi tahu segala silap dan salah yang sudah berlaku atas kejahilan Illi dan Manpreet,” katanya.

Suami peluk Islam tahun lalu

Dalam pada itu, adis yang berasal dari Johor itu mengesahkan suaminya telah memeluk Islam sejak akhir tahun 2019 dan mereka melangsungkan pernikahan pada 16 Disember lalu dalam acara tertutup dan sijil nikahnya akan diperoleh pada Rabu depan.

Tidak pernah menukar nama

Mengulas berkenaan namanya yang dikatakan telah bertukar, Illi menegaskan bahawa dirinya tidak pernah menukar nama atau agama seperti mana yang didakwa oleh netizen.

“Nama saya masih kekal Illi Najwa Anuar Hussin Saddique. Keluarga suami memanggil saya Navpreet sejak tahun 2012 kerana sukar bagi mereka menyebut nama saya,” ujarnya yang turut memaklumkan dia ke India mengikut prosedur perjalanan yang sah.

Tidak kata tindakan itu betul

Pada masa yang sama, Illi juga menjelaskan berkenaan video video resepsi perkahwinan mereka tersebar dengan memaparkan pasangan suami isteri ini lengkap dengan pakaian pengantin Punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan.



Bahkan dalam resepsi itu, Illi dan suaminya kelihatan melakukan perbuatan yang mencetuskan pelbagai persoalan hingga status agamanya

Menurutnya, mereka tidak pernah meminta perkahwinannya di sana dirakamkan kerana tahu akan sensitiviti yang akan dihadapi mereka namun, rakaman yang didedahkan oleh media di luar kawalan.



Dirinya yang mengakui tidak senang akan isu yang mengheret namanya dan suami menyatakan bahawa suaminya juga tidak mahu perkara itu berlaku kerana sedar akan akibatnya.

”Kami tidak mengatakan apa yang kami lakukan adalah betul tetapi kami tidak mempunyai pilihan dan Manpreet tidak pernah memberikan kenyataan sensitif dan ketika Manpreet mendapat tahu tentang berita ini, dia meminta semuanya ditarik balik,” ujarnya.



Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary akan memanggil Illi Najwa Saddique dan suami bagi mendapatkan penjelasan berhubung status agama mereka sebaik kembali ke Malaysia.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen