Nak gembirakan isteri, lelaki ini menari setiap kali pulang dari kerja

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa yang tak gembira apabila pulang dari kerja. Selesai laksanakan tugas malah dapat rehat dan tenangkan fikiran selepas pulang mencari rezeki.

Tapi biasanya kalau dah balik kerja memang akan terlihat muka akan barai dan keletihan kerana begitu fokus melaksanakan tanggungjawab semasa waktu berkerja.



Namun, berlainan pula dengan lelaki ini yang dikatakan sentiasa gembira apabila pulang dari mencari rezeki.



Menari dari pintu masuk


Menerusi Twitter Haissaz S. Hisham, yang berkongsi satu kompilasi video setiap kali dirinya pulang dari kerja dalam keadaan menari.



Menurutnya, video tersebut dirakam oleh isteri tercinta setiap kali melihat dia menari sebaik sahaja menjejakkan kaki di dalam rumah setelah penat berkerja.

Nak buat isteri gembira

Haissaz juga menyatakan bahawa dia hanya mahu membuat isterinya gembira setelah melihat dirinya pulang dari kerja malah memohon maaf sekiranya tarian tersebut dirasakan melampau.



Sentiasa bayangkan wajah isteri

Perkara tersebut telah mendapat perhatian dari warganet yang mempunyai rasa ingin tahu berkenaan perkerjaan dirinya. Bagaimanapun, Haissazc menyatakan bahawa kerja sememangnya memenatkan namun dalam perjalanan pulang dia akan membayangkan muka isteri dan keluarga.



Bahkan, ada juga yang menyatakan bahawa ini adalah ciri-ciri suami yang dicari malah rata-rata memuji lelaki berkenaan yang dikatakan bijak mengambil hati isteri.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen