“Assalamualaikum makmum..." - Ayat Ikmal Amry kepada isteri, buat single rasa nak kahwin

Oleh: Zuzu Yasmine

Perkara yang sangat ditunggu-tunggu buat pengantin baru adalah untuk sama-sama menunaikan solat secara berjemaah. Malah, kalau boleh perkara tersebut bukan dilakukan pada awal perkahwinan sahaja namun tetap berterusan hingga ke hari tua.



Itulah yang dilakukan oleh pelakon Ikmal Amry dan juga isteri tercinta Najla Shamsul yang merupakan selebriti media sosial selepas bergelar suami isteri.



Menerusi Twitter Ikmal Amry yang memuat naik video isterinya yang lengkap dengan memakai telekung. Dipercayai pasangan ini baru sahaja selesai menunaikan solat berjemaah bersama.

Melihat ke rakaman tersebut, kendengaran suara Ikmal Amry yang memberi salam kepada isterinya sebelum menghulurkan tangan untuk bersalam dengan isteri tercinta.

“Assalamualikum makmum.”

“Sayang jadi isteri yang baik ea.”

Terlihat begitu romantis dan bahagia, rakaman tersebut telah menjadi perhatian warganet yang masih bujang hingga rata-rata meluahkan rasa ingin mendirikan rumah tangga.




Bahkan, ada juga diantara mereka yang mengucapkan tahniah dan mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhirnya.

Terdahulu, pasangan ini baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Sabtu lalu di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.



Manakala, pada sebelah malam pula, pelakon berusia 26 tahun serta pasangan telah mengadakan resepsi disebelah lelaki di A’Famosa Resort Melaka.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen