7 tahun bercinta tapi hubungan tak direstu keluarga, menangis perit nak 'move on'

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap pasangan yang bercinta, tentunya ingin bawa hubungan tersebut ke jinjang pelamin. Namun, tidak semua percintaan itu akan berakhir dengan kebahagiaan boleh jadi hanya sekadar mampu merancang.

Jodoh ini adalah rahsia Allah, bila-bila masa saja hubungan yang terbina putus di tengah jalan, lebih parah lagi bila hubungan tidak kesampaian disebabkan tidak mendapat restu keluarga.



Itulah yang dilalui oleh jejak ini apabila terpaksa mengakhiri hubungannya kerana kekasih hati bakal berkahwin dengan pilihan hatinya.

7 tahun bercinta akhirnya terpaksa lupakan

Menerusi TikTok @chokyantara yang berkongsi akan kisah duka rakannya itu apabila memuat naik video saat rakannya sedang menangis.


Difahamkan, rakannya itu telah menjalinkan hubungan dengan kekasih hati selama 7 tahun. Namun, hubungan cinta dari zaman sekolah itu terpaksa dilupakan apabila tidak mendapat restu dari keluarga.



Dijodohkan dengan pilihan keluarga

Menurutnya lagi, berikutan tidak mendapat restu dari keluarga perempuan, kekasih hatinya itu dijodohkan dengan pilihan keluarganya. Dia juga turut meluahkan rasa sedih melihat rakannya kecewa sedemikian rupa.



Perkara tersebut telah mendapat perhatian dari warganet yang rata-rata turut bersimpati dan merasai kesedihan akan lelaki berkenaan. Malah, ada juga yang memberi kata-kata semangat serta mendoakan agar lelaki tersebut bertemu dengan pasangan hidup yang lebih baik.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen